this is my 3rd sequel from the mental lexicon saga (yeah.im too old to heart cullen).the mental lexicon I was abandoned because of the slow server.the mental lexicon II is-now-defunct simply because i lost the password and can't login.

Saturday, August 7, 2010

zina lagi?

Ketua Menteri Melaka mencadangkan utk membantu golongan 'miang' yg masih belajar di bangku sekolah utk berkahwin.

.namun demikian,dari jangka masa panjang, tindakan ini dilihat sebagai satu langkah yang hanya menyelesaikan masalah pada permukaan sahaja dan bersifat jangkamasa pendek.seperti yg saya pernah tulis sebelum ini,'mengahwin'kan sahaja penzina ini bukanlah satu penyelesaian yang terbaik. Bagi saya,penyelesaian yang terbaik adalah menyuruh mereka bertaubat dan kembali ke jalan yg sebenar dan barulah berkahwin.Jika taubat dan menerapkan ajaran islam tidak diambil kira,maka masalah sosial masih akan berleluasa.

kita tidak mahu,dari perkahwinan sebegini rupa akan menghasilkan generasi yg lebih porak peranda.asbab perkahwinan adalah zina.anak pertama anak zina di mana secara nasabnya tiiada hubungan dgn si lelaki penyumbang sperma.dan dikhuatiri,keluarga yg didirikan atas dasar zina ini,akan menghasilkan pula generasi baru di masa hadapan : GENERASI SUMBANG MAHRAM.

selain drpd cadangan mengahwinkan mereka,janganlah lupa,ajar mereka kembali kepada ALLAH.ajarkan juga kepada mereka bagaimana mahu menangkap ikan.agar di kemudia hari perkahwinan,tidak menyusahkan ibubapa . paling ditakuti disebabkan nak jalan mudah utk hidup selesa,ada yg menjadi pelacur,pengedar dadah dan segala macam kerja2 maksiat.Yang mana akhirnya,gejala maksiat itu tidak berhenti malah berlanjutan.

Jika ingin diadakan sekolah utk pelajar2 hamil ini,saya cadangkan kurikulumnya tidak terlalu akademik.mereka ini sibuk dgn seks,dgn jantan bukannya banyak sangat dlm otak mereka buku dan ilmu.jadi bagi mereka kemahiran dan yang paling penting kelas tarbiah pemulihan akhlak dan iman.

tidak sukar jika semuanya kembali kepada islam.mengapa perlu pening2 memikirkan idea2 yg bukan2?lihatlah,tak pasal2 cukai yg kita bayar pergi kepada mereka yg tak sedar betapa untungnya hidup sbgai muslim & rakyat malaysia.

oo yeah..jangan lupa si penzina lelaki juga!

No comments: